SkyWorld perkenal inisiatif kehidupan lestari di SkyLuxe

Chee Seng (dua dari kiri) bersama Pengerusi Perbadanan Pengurusan SkyLuxe on the Park Residences, Kenneth Aaron Gomes (dua dari kanan) selepas menandatangani MoU bagi program Kehidupan Komuniti Lestari.

Chee Seng (dua dari kiri) bersama Pengerusi Perbadanan Pengurusan SkyLuxe on the Park Residences, Kenneth Aaron Gomes (dua dari kanan) selepas menandatangani MoU bagi program Kehidupan Komuniti Lestari.

PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pengurusan SkyLuxe on the Park Residences (SkyLuxe) di Bukit Jalil bagi menjayakan program pembangunan ‘Kehidupan Komuniti Lestari’.

Perjanjian itu bagi memulakan kajian penambahbaikan serta menaik taraf dan mengoptimumkan pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) sedia ada.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Skyworld, Lee Chee Seng, inisiatif berkenaan merupakan usaha pihaknya untuk memberi nilai tambah selain meningkatkan pengalaman hidup pemilik unit di SkyLuxe selepas penyerahan kediaman berkenaan.

“SkyWorld berbangga untuk menawarkan pengalaman ‘SkyLiving’ yang holistik kepada pemilik kediaman walaupun selepas penyerahan kunci kediaman.

“MoU yang ditandatangani bersama Perbadanan Pengurusan Residensi SkyLuxe mencerminkan komitmen kami untuk terus meningkatkan taraf hidup penduduk kami,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, program berkenaan melibatkan beberapa inisiatif antaranya penambahbaikan stesen pengecas EV, peningkatan potensi hijau termasuk panel tenaga suria, sistem pengecaman muka pintar tiruan (AI), pagar maya, robot pembersihan autonomi, perisian pengecaman plat kereta dan pencahayaan sensor.

SkyLuxe on the Park Residences mempunyai nilai pembangunan kasar berjumlah RM409.43 juta yang dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 1.85 ekar di Bukit Jalil dan menawarkan 477 unit pangsapuri merentasi dua menara 40 tingkat.

Setiap unit kediaman berkeluasan antara 661 hingga 1,224 kaki persegi dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2020 dengan skor Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) 85 peratus, iaitu markah tertinggi dicapai bagi kategori kediaman pada tahun berkenaan.

Sumber