Shopee-L’Oréal raikan wanita dengan tawaran eksklusif

Shopee-L’Oréal raikan wanita dengan tawaran eksklusif

SEMPENA Hari Wanita Antarabangsa yang akan dirayakan tidak lama lagi, Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, berganding bahu dengan L’Oréal, pemimpin produk kecantikan dunia, untuk menjayakan pelancaran Super Brand Day serantau buat julung kalinya menerusi Shopee.

L'Oréal Paris White Perfect Day Cream.

L’Oréal Paris White Perfect Day Cream.

Sempena perayaan dan perkongsian kecantikan untuk semua, pengguna Shopee di tujuh negara akan mendapat tawaran eksklusif daripada empat jenama utama L’Oréal di seluruh dunia – L’Oréal Paris, Maybelline New York, NYX Professional Makeup dan Garnier – yang memenuhi keperluan pelanggan wanita di setiap peringkat umur dan profil kecantikan.

Bertemakan Women’s Day, Live Your Beauty (Hari Wanita, Hayati Kecantikan Anda), L’Oréal x Shopee Super Brand Day berlangsung dari 4 hingga 10 Mac, dengan membawakan tawaran L’Oréal yang tiada tandingan menerusi Kedai Rasmi L’Oréal di Shopee Mall.

Empowered Box edisi terhad.

Empowered Box edisi terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng berkata, kerjasama ini menandakan bahagian pertama siri Super Brand Day serantau, dan kerjasama untuk menjayakan Hari Wanita Antarabangsa menjadikannya lebih bermakna.

Sebagai acara istimewa Hari Wanita Antarabangsa, Maybelline New York juga melancarkan Empowered Box edisi terhad eksklusif di Shopee. Setiap Empowered Box edisi terhad mengandungi gincu paling laris dengan warna-warna terkini – dua gincu Maybelline Super Stay Matte Ink, dan satu Penanggal Mekap Bibir & Mata Maybelline.

L'Oréal Paris Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water.

L’Oréal Paris Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water.

Pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi jumlah syiling Shopee bernilai RM500,000 dan hadiah-hadiah istimewa dengan menyertai permainan Beauty Ninja bertema L’Oréal, dan siri media sosial yang menawarkan hadiah-hadiah menarik. Maklumat lanjut layari https://shopee.my/loreal-super-brand-day.

#Feminasinar



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge