S P Setia rangkul kemenangan ke-12, 10 Pemaju Terbaik di Asia

S P Setia rangkul kemenangan ke-12, 10 Pemaju Terbaik di Asia

S P Setia menerima pengiktirafan kali ke-12 sejak 2011 sebagai 10 Pemaju Terbaik di Asia sempena Majlis Anugerah BCI Asia Awards, baru-baru ini.

S P Setia menerima pengiktirafan kali ke-12 sejak 2011 sebagai 10 Pemaju Terbaik di Asia sempena Majlis Anugerah BCI Asia Awards, baru-baru ini.

S P Setia Berhad melakar kejayaan kali ke-12 apabila dianugerahkan 10 Pemaju Terbaik di Asia sempena Majlis Anugerah BCI Asia Awards, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi S P Setia, Datuk Zaini Yusoff berkata, kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan S P Setia sebagai salah satu pemaju hartanah terkemuka di negara ini.

“Kami berasa rendah hati kerana terus diiktiraf sebagai pemaju terkemuka negara yang merupakan bukti usaha kami yang tidak berkesudahan dalam membina persekitaran yang mampan untuk stakeholders kami.

“Dengan matlamat Net Zero 2050 sebagai Pelan Hala Tuju Kelestarian yang baru dilancarkan, kami komited untuk menjadi pemaju terkemuka dalam mewujudkan komuniti yang mampan dan memperkayakan gaya hidup melalui strategi yang lebih hijau,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad bersama Pengurus Besar BCI Central Malaysia, Kok Sook Leng; dan Pengurus Besar Jualan, Decorative Jotun, Kenny Bi.

Anugerah BCI Asia Top 10 Developers mengiktiraf pemaju hartanah dengan menilai sejauh mana sesuatu projek yang diusahakan menitik beratkan soal kemampanan dan kawasan hijau.

S P Setia telah mengumpul 12 kemenangan untuk anugerah tersebut sejak 2011.

Sumber