RM1 juta menanti rakan jualan cemerlang redONE

RM1 juta menanti rakan jualan cemerlang redONE

Car Bonanza menyediakan ganjaran bernilai RM1 juta kepada rakan niaga reONE yang mencatatkan jualan tertinggi sepanjang tahun 2023.

Car Bonanza menyediakan ganjaran bernilai RM1 juta kepada rakan niaga reONE yang mencatatkan jualan tertinggi sepanjang tahun 2023.

REDONE Network Sdn Bhd (redONE) meraikan dan menghargai rakan-rakan niaga jualannya di seluruh negara atas pencapaian serta prestasi cemerlang mereka sepanjang 2023 menerusi Pemberian Bonanza Kereta atau Car Bonanza Giveaway (Car Bonanza).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, Car Bonanza menampilkan dua kategori iaitu Car Bonanza dan Premier Car Bonanza menjadi acara yang sangat dinanti-nantikan kerana ganjaran lumayan bernilai hampir RM1 juta berbentuk kenderaan elektrik (EV) dan basikal.

“Rakan kongsi jualan perlu mendaftarkan bilangan talian tertentu dan memastikan ia aktif dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023. Mereka yang berjaya memenuhi kriteria ini akan berpeluang untuk membawa pulang kereta baharu di bawah kategori Car Bonanza.

“Melebihi kategori Bonanza dan memenuhi kriteria tambahan menawarkan rakan kongsi jualan redONE ganjaran yang lebih besar menerusi Kategori Premier.Insentif wang tunai lebih RM500,000 dan hadiah menarik lain juga akan diberikan dengan rakan jualan berprestasi tinggi berpeluang membawa pulang Tesla Model Y,” jelas kenyataan itu.

Sumber