Jumlah perdagangan Malaysia cecah RM231.8 bilion pada November

Jumlah perdagangan Malaysia cecah RM231.8 bilion pada November

Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport dan import masing-masing sebanyak RM122.1 bilion dan RM109.7 bilion. - Gambar hiasan

Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport dan import masing-masing sebanyak RM122.1 bilion dan RM109.7 bilion. – Gambar hiasan

MALAYSIA mencatat jumlah perdagangan bernilai RM231.8 bilion pada November 2023 dengan nilai eksport dan import masing-masing sebanyak RM122.1 bilion dan RM109.7 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Bagi November 2023 hari ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport Malaysia susut sebanyak 5.9 peratus kepada RM7.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2022.

Keadaan itu dipengaruhi oleh penurunan eksport di kebanyakan negeri seperti Pulau Pinang (-RM5.4 bilion), Selangor (-RM2.4 bilion), Sarawak (-RM1.6 bilion), Terengganu (-RM869.1 juta), Melaka (-RM755.1 juta), Labuan (-RM704.8 juta), Pahang (-RM308.0 juta), Negeri Sembilan (-RM164.2 juta), Perlis (-RM29.9 juta) dan Kuala Lumpur (RM9.9 juta).

“Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Johor sebanyak RM3.0 bilion, Kedah (RM929.2 juta), Perak (RM540.8 juta), Sabah (RM472.3 juta) dan Kelantan (RM18.6 juta), katanya.

Sumber