Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

RINGGIT meneruskan trend menurun dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kelima berturut-turut pada Khamis apabila hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi menjejaskan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata pakar ekonomi.

Pada jam 6.03 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.7680/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7445/7485 pada penutupan semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit telah jatuh hari ini dan mungkin semakin melemah melainkan ia mendapat rangsangan daripada Rizab Persekutuan yang mengambil langkah kurang agresif atau data AS yang lebih lemah.

“Hasil AS yang lebih tinggi pada asasnya membebankan ringgit hari ini. Memandangkan risiko yang agak rendah sedikit di Timur Tengah disebabkan usaha diplomatik, jadi penurunan nilai ringgit adalah disebabkan hasil Perbendaharaan AS,” katanya kepada Bernama.

Sumber