Ringgit diunjur dalam julat 4.40 hingga 4.70 tahun depan

Ringgit diunjur dalam julat 4.40 hingga 4.70 tahun depan

RINGGIT diunjurkan berada dalam julat 4.40 hingga 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun depan, disokong oleh inisiatif Belanjawan 2024, menurut RHB Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan itu menjelaskan analisis kuantitatif menunjukkan ringgit akan meraih manfaat daripada kadar faedah bertumpuan Malaysia, perdagangan serta matriks fiskal, dan pada masa sama diseret oleh harga minyak mentah yang berpotensi rendah dan hutang awam lebih tinggi.

“Ringgit dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah seawal suku pertama 2024 iaitu kira-kira 4.6 hingga 4.7 berbanding dolar AS pada suku pertama 2024.

“Ini berikutan Kadar Dana Persekutuan yang tinggi pada suku keempat 2023 dan tingkah laku pembelian bagi menampung kekurangan memandangkan keadaan makroekonomi bertumpuan Malaysia menjadi lebih baik pada separuh pertama 2024,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Sumber