Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu. - Gambar hiasan

Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu. – Gambar hiasan

RINGGIT terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan penurunan permintaan terhadap unit tempatan.

Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, indeks harga pengguna China turun 0.2 peratus tahun ke tahun pada Oktober membayangkan People’s Bank of China akan mengekalkan pendirian monetari akomodatifnya dalam tempoh terdekat ini yang seterusnya akan memberikan lebih banyak sokongan kepada dolar AS.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal lemah selepas mencatatkan peningkatan mendadak pada Isnin,” katanya kepada Bernama.

Sumber