Agrobank peruntuk RM3 juta bantu penjaja guna skim sifar tunai

Agrobank peruntuk RM3 juta bantu penjaja guna skim sifar tunai

Tengku Ahmad (tengah) memotong riben sempena Majlis Pelancaran Penjaja Cashless di Jalan Tengah, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tengku Ahmad (tengah) memotong riben sempena Majlis Pelancaran Penjaja Cashless di Jalan Tengah, Kuala Lumpur pada Khamis.

AGROBANK peruntuk RM3 juta bagi membantu penjaja seluruh negara menggunakan transaksi skim sifar tunai dalam aktiviti jualan sempena Kempen Penjaja Cashless bermula 1 Ogos tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, inisiatif tersebut dilakukan bagi menaik taraf perniagaan penjaja kecil melalui perkhidmatan kod QR DuitNow Agrobank.

Menurutnya, menerusi kempen tersebut, seramai 10,000 penjaja disasarkan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2023.

“Setakat ini, hampir 200 penjaja yang menggunakan khidmat pembayaran sifar tunai daripada Agrobank bagi memudahkan urusan jualan.

Sumber