Ringgit susut berbanding dolar AS

RINGGIT ditutup rendah berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika peserta pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu yang dijadual diadakan malam ini, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7035/7085 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6855, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit itu juga seiring dengan mata wang serantau.

“Indeks Harga Pengguna AS yang memenuhi jangkaan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin cenderung untuk mengekalkan pendirian menaikkan kadar faedah apabila membincangkan Kadar Dana Persekutuan dalam mesyuarat malam ini,” katanya kepada Bernama.

Sumber