MENGENAI TERMA & SYARAT BORANG PENCALONAN LAGU ‘MUZIK MUZIK’ RIM DAN MPA BERUNDING DENGAN MEDIA PRIMA

MENGENAI TERMA & SYARAT BORANG PENCALONAN LAGU ‘MUZIK MUZIK’ RIM DAN MPA BERUNDING DENGAN MEDIA PRIMA

Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 – Program carta mingguan yang disiarkan di TV3 iaitu Muzik Muzik kini dalam perundingan pencalonan lagu. Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan penerbit malaysia (MAP) berunding dengan Media Prima. Mereka berunding tentang terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik Muzik. Muzik Muzik akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

“Banyak ahli kami yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis-artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program tersebut. Kami telah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan telah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka. Walaubagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap kami dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan”, kata Rosmin bin Hashim, Pengerusi RIM.

“Banyak ahli kami dari kalangan syarikat penerbit juga tidak mencalonkan lagu-lagu baharu yang mereka tadbir bagi pihak penulis lagu masing-masing dalam program Muzik Muzik tahun ini. Pihak kami juga telah membangkitkan klausa yang berkaitan dalam borang pencalonan lagu Muzik Muzik yang menjadi isu buat ahli-ahli kami ke perhatian Media Prima. Kami berharap dapat mencapai kata sepakat dengan pihak Media Prima dalam isu ini agar ahli-ahli kami dapat meneruskan pencalonan lagu-lagu baharu mereka dalam program tersebut. ” tambah Ng Ay Na, Pengerusi MPA.

Sebagai persatuan yang mewakili pemegang hak rakaman bunyi/video dan karya muzik masing-masing, RIM dan MPA mahu isu tertunggak berhubung borang pencalonan lagu Muzik Muzik diselesaikan segera dengan Media Prima demi kebaikan kedua-dua pihak.

Untuk maklumat lanjut, layari www.rim.org.my atau ikuti kami di facebook.com/RecordingIndustryMalaysia, @recordingindustrymalaysia di Instagram dan @rim_malaysia di X.

Untuk maklumat lanjut mengenai MPA, layari www.mpamusic.my atau ikuti kami di @mpa.my di Instagram.