Ringgit kembali meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit kembali meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada jam 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7840/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7900/7975 pada penutup Isnin. - Gambar hiasan

Pada jam 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7840/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7900/7975 pada penutup Isnin. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, melantun semula selepas terjejas disebabkan oleh sentimen penghindaran risiko berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Pada jam 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7840/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7900/7975 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dari sudut teknikal, mata wang domestik menyaksikan permintaan sederhana selepas berada dalam kedudukan yang sangat terlebih jual.

“Ringgit kini berlegar pada paras terendah 25 tahun selepas susut kepada 4.7900/7975 semalam, sekali gus membuka lebih banyak peluang dagangan,” katanya kepada Bernama.

Sumber