Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS selepas susut 3 hari berturut-turut

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS selepas susut 3 hari berturut-turut

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas menyusut selama tiga hari berturut-turut berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memperlihatkan hasrat untuk menurunkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 2024.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6695/6745 berbanding dolar AS daripada 4.7035/7085 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) telah memutuskan untuk mengekalkan FFR tidak berubah pada 5.25-5.50 peratus berikutan mesyuarat terbarunya.

“Keputusan itu dibuat selepas tempoh pertumbuhan ekonomi yang teguh pada suku ketiga 2023 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang sebanyak 5.2 peratus berdasarkan pelarasan bermusim suku tahunan, kenaikan ketara daripada pertumbuhan 2.1 peratus pada suku kedua 2023.

Sumber