Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian

Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif pada Khamis, mencecah paras tertinggi harian selepas mengambil petunjuk daripada beberapa indeks serantau utama. - Foto hiasan

Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif pada Khamis, mencecah paras tertinggi harian selepas mengambil petunjuk daripada beberapa indeks serantau utama. – Foto hiasan

BURSA Malaysia ditutup dalam wilayah positif pada Khamis, mencecah paras tertinggi harian selepas mengambil petunjuk daripada beberapa indeks serantau utama.

Indeks serantau utama secara amnya merekodkan prestasi meningkat susulan isyarat pergerakan kukuh dari Wall Street dalam tempoh semalaman apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.57 peratus atau 8.22 mata kepada 1,456.26 daripada 1,448.04 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka 0.84 mata lebih baik kepada 1,448.88 sebelum bergerak di antara 1,448.14 hingga 1,456.26 sepanjang hari.

Sumber