Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6525/6565 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 ketika ditutup pada Rabu. - Gambar hiasan

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6525/6565 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 ketika ditutup pada Rabu. – Gambar hiasan

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong sentimen positif dalam jangkaan penurunan kadar faedah global tahun depan.

Walau bagaimanapun, dolar AS kekal stabil apabila keyakinan pengguna AS meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Disember.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6525/6565 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pertukaran dolar AS berbanding ringgit secara amnya stabil pada kira-kira 4.65 hari ini.

Sumber