“Pelbagai Hadiah Hebat Menanti di HONOR Year End Festive Roadshow dengan Nilai Sehingga RM440,000!”

“Pelbagai Hadiah Hebat Menanti di HONOR Year End Festive Roadshow dengan Nilai Sehingga RM440,000!”

“Sambut Tahun Baru dengan Gembira! Jom Datang dan Rasai Keseronokan HONOR Year End Festive Roadshow di Sunway Pyramid dari 27 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024. Jangan Lewatkan Tawaran Eksklusif dan Aktiviti Menarik!”

Sambut Kemeriahan Cuti Akhir Tahun bersama HONOR Malaysia! Jangan lepaskan peluang untuk meraih hadiah menarik dan nikmati tawaran eksklusif di HONOR Year End Festive Roadshow, yang bakal berlangsung di Sunway Pyramid mulai 27 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.

Lebih menakjubkan, hadiah dan cabutan bertuah bernilai sehingga RM440,000 menanti pengunjung yang membuat pembelian peranti serta menyertai aktiviti di sepanjang jerayawara tersebut. Nikmati potongan harga hebat sehingga RM1,000 berserta hadiah percuma apabila membeli HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro, HONOR 90 dan HONOR Pad X8.

 

Pembeli berpeluang memenangi cabutan bertuah yang mana hadiah tempat pertama adalah komputer riba HONOR MagicBook X16 bernilai RM3,499. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang jam tangan pintar HONOR Watch GS3 (RM899) dan fon telinga HONOR Choice Earbuds X3 (RM249).

Hadiah sagu hati pula adalah Cawan Thermos Talent, Thermos Keluli Tahan Karat Kayu Premium, Travel Adapter, Wooden Bluetooth, Bag Jinjing Talent dan Cawan Tahan Karat Talent. 

Berikut senarai peranti HONOR dengan hadiah dan tawaran menarik: 

 

Model Variasi Harga Runcit Harga Promosi Hadiah Percuma
HONOR X9b 20GB+256GB RM1,499 HONOR Choice Earbuds X5, Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Sarung Telefon Eksklusif HONOR X9b (bernilai RM858)
HONOR X8b 16GB+512GB RM999 HONOR Choice Earbuds X5 Lite (bernilai RM139)
HONOR X7b 16GB+256GB RM799 HONOR Choice Earbuds X5 Lite (bernilai RM139)
HONOR X6a 4GB+128GB RM599 RM499
HONOR Magic VS 12GB+512GB RM5,999 Lanjutan Jaminan Setahun dan Perlindungan Retak Skrin 180 Hari (bernilai RM 1,298)
HONOR Magic5 Pro 12GB+512GB RM4,299 RM3,499 Setahun Jaminan Lanjutan Tambahan, Perlindungan Retak Skrin 180 Hari dan Hadiah Life Pakej 4 (bernilai RM717)
HONOR Magic5 12GB+256GB RM3,499 RM2,499 Setahun Jaminan Lanjutan Tambahan, Perlindungan Retak Skrin 180 Hari dan Hadiah Life Pakej 4 (bernilai RM 637)
HONOR 90 5G 12+256GB

RM1,799

RM1,699

HONOR Earbuds X5, Setahun Jaminan Lanjutan Tambahan, Perlindungan Retak Skrin 180 Hari dan HONOR Talent Kettle (bernilai RM776)
HONOR 90 5G 12+512GB RM2,099 RM1,899 HONOR Earbuds X5, Setahun Jaminan Lanjutan Tambahan, Perlindungan Retak Skrin 180 Hari dan Cerek HONOR Talent (bernilai RM776)
HONOR 90 Lite 5G 8+256GB RM1,099 Setahun Jaminan Lanjutan Tambahan & Payung Three-Fold (bernilai RM188)
HONOR   Pad 8 10GB+256GB RM1,499 Papan Kekunci Pintar HONOR Pad 8 dan Mug Vakum (bernilai RM368)
HONOR   Pad X8 4GB+64GB RM799 RM699 Sarung Flip HONOR Pad X8 dan Mug Vakum (bernilai RM168)
HONOR   Pad X9 7GB+128GB RM1,099 Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 dan Mug Vakum (bernilai RM368)

Siri HONOR X – Tahan Lasak dan Bergaya 

Mereka yang ingin mencari telefon pintar tahan lasak boleh memilih HONOR X9b 5G yang adalah peneraju dalam industri skrin tahan jatuh yang direka untuk menahan daripada kerosakan apabila terjatuh dari pelbagai sudut. HONOR X9b 5G peranti mid-range pertama di Malaysia dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 serta dikuasakan Bateri Ultra Tahan Lama 5800mAh dan konfigurasi 20G+256GB. Dengan semua ciri-ciri hebat ini, HONOR X9b 5G hanya berharga RM1,499.  

 

HONOR X8b pula berbaloi untuk dibeli kerana didatangi storan gergasi 512GB dan harganya cuma RM999 sahaja. Kapasiti storan ini boleh menyimpan sehingga 124,000 gambar. Selain itu, peranti ini mempunyai Kamera Hadapan Potret Spotlight 50MP dengan lampu sorot hadapan dan Auto Switch Field of View (FOV) untuk menghasilkan swafoto yang cantik dan menarik. 

 

Sementara HONOR X7b sangat sesuai untuk golongan yang menghabiskan banyak masa bersama telefon pintar kerana kapasiti bateri besar 6000mAh. Harganya hanya RM799 dan mempunyai storan 256GB untuk menyimpan 60,000 gambar, 24,000 lagu atau 950 video HD.

 

Siri HONOR Magic5 – Tawaran Menakjubkan

Miliki Siri Magic5, telefon pintar flagship terbaik HONOR bagi 2023 pada harga diskaun hebat hanya di jerayawara ini. HONOR Magic5 Pro telah menjadi bualan hangat ramai disebabkan teknologi tercanggih Sistem Kamera Millisecond Falcon Capture, paparan Super Dynamic Vivid Display dan Bateri Ketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peranti ini pada harga RM3,499 selepas potongan diskaun RM800.

 

Manakala HONOR Magic5 dilengkapi kapasiti bateri 5100mAh, Sistem Kamera Miliesecond Falcon Capture dan teknologi paparan keselesaan mata terbaik dalam kelas tersendiri seperti Paparan LTPO Pemalapan PWM 160Hz, Paparan Malam Sirkadia dan Pensijilan Mesra Sirkadia TÜV Rheinland. Bawa pulang HONOR Magic5 pada harga RM2,499 selepas potongan diskaun RM1,000.

 

HONOR 90 5G – Peranti Mengagumkan dengan Pemalapan PWM 

HONOR 90 5G dilengkapi Kamera Super Sensor 200MP dan mempunyai frekuensi Pemalapan PWM 3840Hz untuk mengurangkan ketegangan mata. Paparan dilengkapi ciri-ciri hebat seperti Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia memberi pengalaman menonton yang selesa. Peranti ini didatangi dalam dua storan pilihan iaitu 12+256GB dan 12+512GB, masing-masing ditawarkan pada harga RM1,699 dan RM1,899. 

 

HONOR Pad X8 – Perlindungan mata dan Genggaman Selesa

HONOR Pad X8 tablet yang nipis dengan ukuran 7.55mm, berat 460g dan permukaan lengkung. Apabila digenggam, tablet ini memberi keselesaan pada tangan dan akan ditawarkan pada harga RM699 sahaja sepanjang jerayawara ini. HONOR Pad X8 turut didatangkan bersama dengan beberapa ciri-ciri perlindungan mata untuk keselesaan mata sepanjang hari. 

 

HONOR X6a – Prestasi Baik Pada Harga Rendah

Bagi mereka yang mencari telefon pintar pada harga rendah, HONOR X6a berharga RM499 sahaja. Dengan konfigurasi 4GB+128GB, bateri tahan lama 5200mAh dan kamera 50MP, peranti ini sememangnya berbaloi untuk dimiliki. 

 

Maklumat mengenai HONOR Year End Festive Roadshow boleh didapati di Facebook rasmi HONOR Malaysia. Informasi lanjut tentang peranti HONOR boleh layari laman web rasmi https://www.hihonor.com.my