Jom ke Pavilion Bukit Jalil dan alami sendiri kehebatan vivo X Fold5 serta vivo X200 FE. Banyak hadiah menarik menanti setiap pembelian anda.
Percaya atau tidak, model X Fold5 yang baru dilancarkan kini boleh dicuba sendiri di lokasi. Lagi best, ada promosi hadiah eksklusif yang tak patut dilepaskan.
Tarikh: 6 Ogos hingga 10 Ogos 2025
Lokasi: Orange Zone, Tingkat 2, Pavilion, Bukit Jalil
Apa yang menarik?
Paparan skrin boleh lipat pada X Fold5 bukan biasa-biasa, ringan, nipis dan dipenuhi ciri AI yang bantu mudahkan urusan harian. Anda boleh buka hingga lima paparan dalam satu masa.
Siri X200 pula memang sesuai untuk yang suka ambil gambar. Dengan teknologi kamera ZEISS, hasil tangkapan lebih jelas dan berkualiti tinggi, sempurna untuk gambar panorama sekitar Kuala Lumpur.
Hadiah eksklusif turut menanti:
Pembelian X Fold5 akan membawa pulang vivo Smart Watch bersama kotak hadiah magnetik.
Jika pilih X FE, anda akan dapat Paddle Pickleball Profesional dan beg pakaian 20 inci (selagi stok masih ada).
Beli X200 atau X200 Pro dan nikmati fon telinga TWS 3E dengan pembatalan bunyi aktif. Sepanjang roadshow, anda boleh sertai aktiviti menarik dan bawa pulang satu hadiah percuma, tiada pembelian diperlukan. Tambahan pula, ais krim percuma disediakan hujung minggu ini. Datang awal supaya tak terlepas.
Ikuti vivo Malaysia untuk maklumat lanjut. Jumpa anda di sana!