Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Dato’ Khadijah Ibrahim Dorong Generasi Seni Baharu Ceburi Perniagaan Seiring Populariti
  • ACTIVITY
  • Business
  • Business
  • News

Dato’ Khadijah Ibrahim Dorong Generasi Seni Baharu Ceburi Perniagaan Seiring Populariti

Helmi Aziz August 6, 2025 3 minutes read
0508 sos

Penyanyi ternama negara Dato’ Khadijah Ibrahim menyarankan agar artis-artis muda tanah air tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya seni semata-mata. Beliau mengajak mereka untuk mula meneroka bidang keusahawanan selagi nama masih dikenali dan karier sedang berada di puncak.

Menurut Dato’ Khadijah dunia hiburan bersifat tidak kekal dan boleh berubah dalam sekelip mata. Oleh itu beliau menasihatkan generasi muda dalam industri seni agar menggunakan peluang dan pengaruh yang dimiliki untuk membina asas kukuh dalam perniagaan dan tidak hanya menunggu sehingga populariti merosot.

Beliau turut berkongsi bahawa ramai rakan seperjuangannya dalam dunia hiburan pernah berdepan kesukaran selepas tidak lagi aktif dalam bidang seni. Apabila tidak lagi menjadi tumpuan tawaran kerja semakin berkurangan dan akhirnya mereka hilang punca rezeki. Dato’ Khadijah menegaskan beliau tidak mahu generasi muda hari ini mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai individu yang memimpin Persatuan Karyawan beliau turut menekankan bahawa memiliki pengetahuan asas dalam bidang perniagaan amat penting. Beliau berpesan agar anak seni tidak menyerahkan sepenuhnya pengurusan kepada orang lain tanpa memahami selok-belok operasi syarikat.

Beliau menyarankan agar selebriti mengambil inisiatif untuk belajar mengenai aspek pemasaran pengurusan dan pengeluaran produk agar tidak mudah diperdaya oleh pihak luar. Katanya jangan hanya menjadi wajah kepada jenama tetapi fahami proses dari awal hingga akhir.

Dato’ Khadijah turut berkongsi kisah peralihan dirinya dari pentas seni ke dunia niaga apabila beliau menubuhkan syarikat sendiri dalam bidang makanan. Antara produk yang kini mendapat sambutan hangat termasuklah Sos Cili Ibu yang dihasilkan menggunakan resipi asli tempatan.

Katanya menerokai bidang perniagaan memberi kepuasan berbeza kerana bukan sahaja mampu menjana pendapatan berterusan malah membantu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Beliau memilih untuk menghasilkan produk berasaskan makanan kerana memahami citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa pedas. Dari situ lahirlah Sos Cili Ibu yang kini semakin mendapat tempat di hati pengguna tempatan dan antarabangsa.

Baru-baru ini Dato’ Khadijah turut menyertai Malaysia Fest 2025 yang berlangsung di Singapore Expo Level 5 Selangor Hall dari 31 Julai hingga 3 Ogos. Kehadiran beliau di acara itu adalah untuk mempromosikan Sos Cili Ibu kepada pasaran luar negara.

Kehadiran beliau disambut dengan penuh mesra oleh pengunjung termasuk rakyat Singapura dan pelancong antarabangsa. Ramai yang mengambil peluang untuk bertemu beliau secara langsung mencuba produk serta berkongsi kenangan zaman kegemilangan beliau sebagai penyanyi tersohor. Acara tersebut turut disertai oleh ramai artis terkenal termasuk Dato Siti Nurhaliza Ifa Raziah Zaiton Sameon Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Dato’ Khadijah meluahkan rasa syukur atas sambutan yang diterima dan menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sangat bermakna. Menurut beliau ramai peminat datang bukan sekadar mahu membeli produk tetapi juga ingin mengabadikan kenangan bersama beliau.

Beliau turut berharap agar penglibatannya dalam festival itu menjadi satu langkah awal untuk melebarkan lagi pasaran Sos Cili Ibu ke peringkat global. Dalam masa yang sama beliau mahu kisahnya menjadi pembakar semangat kepada anak seni untuk lebih berani mengambil langkah dalam bidang keusahawanan.

Beliau menutup perbualan dengan menyeru selebriti muda agar tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Katanya selagi ada usaha dan kesungguhan rezeki itu pasti ada.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Where Tech Meets Trend: vivo V60 in Berry Purple Takes the Spotlight at KL Fashion Week 2025
Next: A New Chapter for Shen Loon She: ASEAN Recognition, Brand Expansion, and Ambassador Debut

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.