Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan keputusan terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu ini.

Pada jam 6 petang, ringgit naik kepada 4.6675/6720 berbanding dolar US daripada 4.6695/6745 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelabur kelihatan memahami sepenuhnya hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan FOMC terbaharu.

Rizab Persekutuan (Fed) AS telah memberi petunjuk untuk mengurangkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 2024.

Sumber