Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan

RINGGIT dijangka diniagakan tinggi minggu depan susulan impak positif daripada pakej rangsangan domestik terbaharu China dan pendirian dasar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) berkaitan kadar faedahnya, kata rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Beliau berkata, langkah China itu selari dengan komitmennya untuk menyokong sektor hartanah dengan menyediakan rangsangan yang lebih kukuh kepada para pelabur.

“Memandangkan China adalah destinasi eksport terbesar Malaysia, sebarang rangsangan kepada ekonomi domestiknya, secara teorinya, akan meningkatkan eksport Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata penerimaan pelabur serantau terhadap pakej rangsangan China itu akan membantu prestasi ringgit pada minggu depan.

Sumber