Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS

Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS

RINGGIT mengakhiri pengukuhannya yang dicatat pada Jumaat lepas apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang meningkat hari ini, didorong oleh data laporan penggajian bukan perladangan (NFP) minggu lepas yang menunjukkan prestasi lebih baik bagi sektor itu di negara berkenaan.

Pada jam 6 petang, ringgit turun ke paras 4.6805/6850 berbanding dolar AS daripada 4.6625/6665 yang dicatat pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, NFP yang mengatasi jangkaan awal itu berkemungkinan telah menyuntik sokongan terhadap dolar AS kerana turut membayangkan bahawa Rizab Persekutuan AS tidak akan mengubah pendirian menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat ini.

“Selain itu, langkah Bank of Japan yang menegaskan pendirian dasar akomodatif ketara bagi negara itu juga mungkin turut menyumbang kepada pengukuhan dolar AS.

Sumber