Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6815/6888 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6855 semasa ditutup semalam. - Gambar hiasan

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6815/6888 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6855 semasa ditutup semalam. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dan dijangka diniagakan tidak berubah berikutan peserta pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada malam ini, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6815/6888 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6855 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid bekata, sebarang isyarat dengan kecenderungan kepada penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS adalah positif kepada ringgit.

“Ini akan dijelaskan dalam kenyataan FOMC apabila mereka mengeluarkan keputusan itu malam ini dan unjuran suku tahunan terkini bagi pembolehubah makroekonomi pada 2024, 2025 dan 2026. Saya berpandangan bahawa situasi hari ini terarah kepada pendirian tunggu dan lihat,” katanya kepada Bernama.

Sumber