Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan ketegangan di Timur Tengah

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan ketegangan di Timur Tengah

Ringgit meneruskan penyusutannya apabila ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin. - Gambar hiasan

Ringgit meneruskan penyusutannya apabila ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin. – Gambar hiasan

RINGGIT meneruskan penyusutannya apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan unit negara maju itu terus mengukuh di tengah-tengah kebimbangan geopolitk di Timur Tengah, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.7340/7380 berbanding dolar AS daripada 4.7260/7305 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ketegangan yang berlarutan di Timur Tengah terus menjejaskan sentimen pasaran, yang memberikan sokongan kepada dolar AS.

Selain itu, beliau berkata, harga minyak mentah turun naik, namun kekal melebihi AS$90 setong berikutan keadaan di Gaza yang dijangka lebih membimbangkan.

Sumber