Bursa Malaysia ditutup rendah seiring sentimen serantau

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring sentimen serantau

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.18 mata kepada 1,438.96 daripada 1,444.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas. - Foto hiasan

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.18 mata kepada 1,438.96 daripada 1,444.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas. – Foto hiasan

BURSA Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, seiring prestasi bursa serantau lain yang suram ketika sentimen berhati-hati terus ketara berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang menjejaskan minat pelabur.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.18 mata kepada 1,438.96 daripada 1,444.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks penanda aras pasaran itu yang dibuka menokok 1.22 mata pada 1,445.36, turut bergerak dalam jajaran 1,436.5 hingga 1,446.12 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 597 berbanding 284 manakala 451 kaunter lain tidak berubah, 1,022 tidak diniagakan dan 24 lain digantung dagangannya.

Sumber