Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah data ekonomi Amerika Syarikat yang positif. - Foto 123RF

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah data ekonomi Amerika Syarikat yang positif. – Foto 123RF

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah data ekonomi Amerika Syarikat yang positif, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6535/6575 berbanding dolar AS 4.6445/6485 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, laporan pasca gaji bukan ladang pada Jumaat lepas menunjukkan bahawa permintaan terhadap dolar AS terus menjadi mata wang yang diminati berikutan Rizab Persekutuan AS dilihat akan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat dalam mesyuarat September akan datang.

Selain itu, beliau berkata, Bank Negara Malaysia berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus minggu ini apabila ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat pada Khamis ini (7 September).

“Kemungkinan kenaikan 25 mata asas lagi oleh Fed AS disifatkan sebagai positif kepada dolar. Ini seterusnya akan menjadikan ringgit kekal lemah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0230/0273 daripada 5.0388/0432 ketika ditutup pada Jumaat, naik berbanding pound Britain kepada 5.8774/8824 daripada 5.8878/8929 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1786/1818 daripada 3.1939/1968.

Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4361/4393 daripada 3.4386/4418 ketika ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2089/2259 daripada 13.2677/2852.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 305.2/305.7 daripada 304.6/305.1 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.21/8.23 daripada 8.21/8.22. – Bernama

Sumber