Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini. Foto hiasan

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini. Foto hiasan

RINGGIT ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini berikutan harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan terus mengambil langkah menghentikan seketika kenaikan kadar faedahnya.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7600/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7800 pada Jumaat minggu lepas.

Seorang penganalisis berkata, para pelabur bersiap sedia menunggu keputusan Fed dan beberapa mesyuarat bank pusat pada minggu ini termasuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) utama terbaharu AS memberikan sedikit keyakinan bahawa kadar dana Fed akan dikekalkan pada 5.50 peratus.

Sumber