Bursa Malaysia akhiri dagangan lebih rendah

Bursa Malaysia akhiri dagangan lebih rendah

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah pada Isnin dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur. - Gambar hiasan

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah pada Isnin dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur. – Gambar hiasan

BURSA Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah pada Isnin dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.70 mata kepada 1,439.20 daripada 1,441.90 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 1.86 mata kepada 1,440.04 dan bergerak dalam jajaran 1,436.98 hingga 1,441.80 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 624 berbanding 238 manakala 416 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,114 tidak diniagakan manakala 76 lain digantung dagangannya.

Sumber