Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, kadar faedah AS kekal

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, kadar faedah AS kekal

Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7520/7570 berbanding dolar AS. - Foto hiasan

Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7520/7570 berbanding dolar AS. – Foto hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat membuat keputusan sebulat suara untuk mengekalkan Kadar Dana Persekutuan pada julat 5.25 peratus hingga 5.50 peratus semasa mesyuaratnya malam tadi.

Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7520/7570 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.7695/7735.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan AS sejajar dengan jangkaan pasaran.

“Bagaimanapun, penilaian Rizab Persekutuan terhadap ekonomi menunjukkan pendirian yang lebih berhati-hati. Dalam kenyataan FOMC yang disertakan, secara jelas dinyatakan bahawa keadaan kewangan dan kredit yang ketat dijangka memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.

Sumber