Guardian miliki stor utama premium dan terbesar di Asia Tenggara

Guardian miliki stor utama premium dan terbesar di Asia Tenggara

Priscilla Wu memperkenalkan bahagian 'Salon At Home' di Stor Guardian Baharu yang mempunyai terletak Pusat Membeli Belah Midvalley pada Rabu.Foto: SINARHARIAN/Rosli Talib

Priscilla Wu memperkenalkan bahagian ‘Salon At Home’ di Stor Guardian Baharu yang mempunyai terletak Pusat Membeli Belah Midvalley pada Rabu.Foto: SINARHARIAN/Rosli Talib

PENERAJU rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka, Guardian Malaysia (Guardian) memiliki stor utamanya yang serba baharu, tercanggih dan terbesar di Asia Tenggara di pusat membeli-belah Mid Valley di sini.

Pengarah Urusan Health and Beauty Malaysia dan Brunei, Priscilla Wu berkata, stor konsep baharu itu sebagai revolutionary dan evolutionary yang membolehkan pelanggan Guardian menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu.

“Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembukaan Stor Guardian di pusat membeli-belah Mid Valley di sini pada Rabu.

Beliau berkata, Guardian telah mengukuhkan tawaran perniagaannya menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi (650.32 meter persegi) itu, sekali gus memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini serta trend pengguna yang sentiasa berubah.

Sumber