Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.6110/6145 berbanding dolar AS daripada 4.6275/6330 pada Rabu.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, lelongan bon AS yang kukuh membawa kepada penurunan hasil 10 tahun AS, jatuh di bawah 3.80 peratus.
“Ini menjadi petunjuk yang kukuh bahawa pelabur menjangka pengurangan kadar yang ketara oleh Rizab Persekutuan pada tahun akan datang.