Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan para pelabur mengharapkan agar Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya. Foto hiasan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan para pelabur mengharapkan agar Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya. Foto hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan para pelabur mengharapkan agar Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.6785/6835.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyatakan bahawa, kadar inflasi teras AS adalah sepadan dengan unjuran konsensus 4.3 peratus dan lebih rendah daripada 4.7 peratus bulan sebelumnya.

“Ia menunjukkan tekanan inflasi asas telah beransur-ansur reda dan ini menetapkan pendirian yang mungkin tidak berubah dalam kadar faedah AS.

“Bagaimanapun, inflasi utama AS bagi Ogos adalah lebih tinggi daripada jangkaan 3.7 peratus tahun ke tahun, meningkat daripada 3.2 peratus bulan sebelumnya, melepasi anggaran konsensus 3.6 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau menambah, pasaran boleh menjangkakan beberapa pergerakan positif ringgit hari ini memandangkan kadar pertukaran sudah mencapai kedudukan terlebih jual dari perspektif teknikal.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1781/1817 daripada 3.1742/1778 pada penutup Rabu dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8433/8495 daripada 5.8308/8370 dan tidak berubah berbanding euro pada 5.0200/0254.

Begitu juga berbanding mata wang Asean lain, ringgit turut diniagakan bercampur-campur.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4385/4427 daripada 3.4358/4400 pada penutup Rabu dan lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1011/1203 daripada 13.0809/1003.

Nilai ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 304.1/304.6 daripada 304.3/304.8 daripada penutupan sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.24/8.26. – Bernama

Sumber