MR D.I.Y lancar inisiatif khas, tawar diskaun 30 peratus

MR D.I.Y lancar inisiatif khas, tawar diskaun 30 peratus

Antara produk yang terdapat di MR D.I.Y dan dijual pada harga yang berpatutan.

Antara produk yang terdapat di MR D.I.Y dan dijual pada harga yang berpatutan.

MR D.I.Y. Berhad (MR D.I.Y) telah melancarkan inisiatif khas yang menampilkan lebih 100 produk buatan Malaysia sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk Beli Lokal pada September ini.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, ia dilancarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Produk-produk tersebut merangkumi rangkaian keperluan harian termasuk perkakasan, barangan keperluan rumah dan produk makanan dan minuman dengan diskaun sehingga 30 peratus.

“Usaha itu juga bagi menyokong inisiatif berterusan kerajaan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, inisiatif ‘Beli Lokal’ direka untuk mempamerkan rangkaian jenama Malaysia yang memenuhi janji dalam menawarkan nilai yang terbaik pada “Always Low Prices”.

“Ini adalah cara MR D.I.Y. membantu para pelanggan kami dengan cara yang bermakna bagi menambah lebih nilai untuk ringgit mereka sambil menyokong jenama tempatan. Ia juga membantu memastikan jenama Malaysia terus berkembang dan maju.

“Kami mempunyai pelbagai rangkaian produk hebat yang ditawarkan, sila kunjungi cawangan-cawangan kami di seluruh negara serta platform dalam talian kami untuk lebih lanjut,” jelas Goh.

Beliau berkata, jenama Malaysia yang mengambil bahagian dalam inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia MR D.I.Y. termasuk jenama perkakasan terkemuka dan keperluan isi rumah.

“MR D.I.Y juga menawarkan beberapa produk popular Malaysia dengan harga hebat seperti PYE Puttyfilla (500 gram) pada harga RM5 setiap satu, cecair pencuci pinggan GLO (800 mililiter) pada hanya RM8.80 untuk dua unit dan sarung tangan nitril hitam Top Glove dalam saiz S, M atau L pada harga RM7.90,” katanya.

Sumber