Gambar hiasan – Foto 123RF
RINGGIT dibuka rendah dalam dagangan awal pada Selasa, hari dagangan pertama pada tahun baharu 2024, bagaimanapun sentimen untuk mata wang tempatan kekal kukuh.
Pada hari dagangan terakhir 2023, ia ditutup tinggi sebanyak 0.3 peratus.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.5910/5965 berbanding dolar AS daripada 4.5900/5980 pada Jumaat lepas.
Menurut AmBank Group, ringgit naik 0.3 peratus pada hari dagangan terakhir 2023 untuk ditutup di bawah paras 4.60 pada 4.594, tertinggi sejak Ogos 2023 dan diniagakan dalam julat 4.578 dan 4.615.