Malaysia raih kedudukan teratas GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut

Malaysia raih kedudukan teratas GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut

Malaysia mendapat tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi halal. Gambar hiasan

Malaysia mendapat tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi halal. Gambar hiasan

MALAYSIA sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).

Dalam kenyataan pada Sabtu, HDC berkata, kedudukan GIEI 2023 meletakkan Malaysia di barisan hadapan, diikuti rapat oleh Arab Saudi, Indonesia dan UAE.

Merujuk laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) edisi 2023/2024, katanya, Malaysia mendapat tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi halal, disokong dengan kedudukan tempat kedua dalam ‘modest fesyen’, tempat ketiga dalam farmaseutikal dan kelima dalam pelancongan.

Sejak penubuhan Laporan SGIE, katanya, Malaysia secara konsisten menduduki tempat teratas, mempamerkan komitmen berterusan negara terhadap ekonomi Islam.

Sumber