Peka kesihatan mata kanak-kanak, Ayam Brand lancar kempen komuniti

Peka kesihatan mata kanak-kanak, Ayam Brand lancar kempen komuniti

Bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand’ telah disertai 398 kanak-kanak daripada pelbagai persatuan.

Bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand’ telah disertai 398 kanak-kanak daripada pelbagai persatuan.

AYAM Brand melancarkan Kempen Komuniti Penyayang 2023 yang mendekati lebih 1,000 kanak-kanak daripada 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tujuh negeri dengan menyediakan bekalan makanan selama dua bulan.

Pengurus Pemasaran A Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Teoh Wei Ling berkata, tujuan program dilaksana kerana rabun jauh bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun meningkat sebanyak 9.8 peratus kepada 34.4 peratus pada usia 15 tahun.

“Risiko malnutrisi berganda dan miopia (rabun jauh) dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand.

“Secara ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir.

“Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega 3 serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sumber