Niaga hadapan emas ditutup rendah

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana. - Gambar hiasan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana. – Gambar hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana walaupun niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS) mencatat prestasi positif, kata peniaga.

Beliau berkata, niaga hadapan emas di Comex New York Mercantile Exchange meningkat pada Rabu berikutan penyusutan hasil Perbendaharaan AS.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 merosot kepada AS$2,037.90 setiap auns troy daripada AS$2,041.90 pada Rabu, Disember 2023 berkurangan kepada AS$2,047.50 setiap auns troy daripada AS$2,051.50 sebelum ini dan Januari 2024 susut kepada AS$2,056.40 setiap auns troy daripada AS$2,060.40.

Kontrak Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada AS$2,065.30 setiap auns troy.

Sumber