PayNet, Ant Group bekerjasama lancar pembayaran digital rentas sempadan

PayNet, Ant Group bekerjasama lancar pembayaran digital rentas sempadan

Farhan (tiga dari kiri) bersalaman dengan Feagin pada majlis pelancaran kerjasama pembayaran digital rentas sempadan mereka yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Farhan (tiga dari kiri) bersalaman dengan Feagin pada majlis pelancaran kerjasama pembayaran digital rentas sempadan mereka yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PAYMENTS Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan Ant Group bekerjasama melancarkan pembayaran digital rentas sempadan bagi membolehkan pelancong dari lapan negara menggunakan DuitNow QR PayNet di Malaysia.

Kerjasama itu sekali gus dapat meningkatkan pelancongan antarabangsa dan perdagangan di antara negara-negara ini.

PayNet dalam satu kenyataan berkata, pelancong dengan e-wallet yang disokong oleh Alipay iaitu Alipay (China), AlipayHK (Hong Kong SAR), HelloMoney oleh AUB (Filipina), Hipay (Mongolia), MPay (Macau SAR), Naver Pay (Jepun), Toss Pay (Korea Selatan), dan TrueMoney (Thailand) kini boleh menikmati keselesaan melancong tanpa tunai ke Malaysia.

Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh membuat pembayaran digital dengan mudah dengan mengimbas DuitNow QR PayNet di rangkaian lebih daripada 1.8 juta lokasi pembayaran di seluruh negara.

Sumber