Hong Leong Bank perkasa komuniti tempatan

Hong Leong Bank perkasa komuniti tempatan

Alif (kiri) dan Andrew pada majlis pelancaran Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (BNO), baru-baru ini.

Alif (kiri) dan Andrew pada majlis pelancaran Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (BNO), baru-baru ini.

SHAH ALAM – Hong Leong Bank (HLB) terus memperkasakan komuniti tempatan dengan menggalakkan pendigitalan dan keterangkuman kewangan serta memangkin transformasi digital di seluruh rantau ini dengan menganjurkan Program e-Duit Desa di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor (BNO), baru-baru ini.

HLB dalam satu kenyataan berkata, melalui program itu, HLB telah menyediakan akses kepada perkhidmatan e-pembayaran serta khidmat nasihat dan penyelesaian kewangan lain, dalam usaha menyokong objektif Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan kadar penggunaan transaksi tanpa tunai.

“Ia sekali gus memacu peningkatan keterangkuman kewangan dalam kalangan rakyat.

“Dengan menyepadankan ekosistem tanpa tunai di BNO, HLB berusaha untuk memperkasakan lagi komuniti bagi menyesuaikan diri dengan pendigitalan dan pembandaran pesat di negara ini.

Sumber