Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan

Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan

PELANGGAN Maybank Malaysia kini boleh mengirim wang dengan mudah kepada kenalan di Singapura melalui ‘DuitNow Overseas Transfer’.

Dalam satu kenyataan, Maybank berkata, ia adalah antara bank pertama yang menawarkan perkhidmatan ini setelah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada Festival FinTech Singapura pada 17 November lalu.

‘DuitNow Overseas Transfer’ membolehkan pelanggan Maybank mengirim wang dengan cepat dan mudah kepada penerima di Singapura dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar.

Pelanggan Maybank Singapura juga akan dapat menikmati transaksi yang lancar dengan ‘PayNow Overseas Transfer’, yang akan dilancarkan secara berperingkat.

Sumber