Bursa Malaysia dibuka tinggi – Sinar Harian

Bursa Malaysia dibuka tinggi – Sinar Harian

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman, didorong kenyataan terbaru oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah.. - Gambar hiasan

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman, didorong kenyataan terbaru oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah.. – Gambar hiasan

BURSA Malaysia dibuka tinggi pada Rabu menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman, didorong kenyataan terbaru oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.30 mata kepada 1,466.97 daripada 1,465.67 ketika ditutup pada Selasa.

FBM KLCI dibuka 0.76 mata lebih tinggi kepada 1,466.43.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 142 berbanding 121, manakala 272 kaunter tidak berubah, 1,782 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Sumber