MAHB catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober

MAHB catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober

MAHB catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023 naik 21.6 peratus tahun ke tahun.

MAHB catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023 naik 21.6 peratus tahun ke tahun.

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 10.17 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023, naik 21.6 peratus tahun ke tahun, walaupun Oktober pada amnya bukan tempoh kemuncak untuk melancong.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengendali lapangan terbang itu berkata, pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik untuk rangkaian lapangan terbangnya mencatatkan 5.1 juta dan 5.0 juta penumpang, masing-masing naik 40.3 peratus dan 7.0 peratus, berbanding bulan sama pada tahun lepas.

Katanya, angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.

“Pergerakan penumpang di Malaysia terus menunjukkan pemulihan trafik yang stabil sejajar dengan peningkatan kapasiti tempat duduk secara berperingkat apabila syarikat penerbangan secara progresif mengatasi kekurangan pesawat berikutan cabaran dalam rantaian bekalan serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (sektor).

Sumber