Lotus’s Malaysia buka cawangan ke-67 di Kluang

Lotus’s Malaysia buka cawangan ke-67 di Kluang

Kenneth Chua (empat dari kanan) merasmikan pembukaan Lotus's Malaysia Kluang yang merupakan cawangan yang ke-67.

Kenneth Chua (empat dari kanan) merasmikan pembukaan Lotus’s Malaysia Kluang yang merupakan cawangan yang ke-67.

LOTUSS Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) mengembangkan operasi dengan membuka cawangan baharu yang ke-67 di Bandar Newpark, Kluang pada Khamis.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, pembukaan cawangan terbaharu ini akan menjadi destinasi membeli- belah komuniti dan semangat ‘#KitakanJiran’.

Menurutnya, Lotus’s Malaysia mengembangkan operasinya di daerah Kluang untuk memaksimumkan capaian peruncit di Johor.

“Pusat membeli belah satu tingkat berkeluasan sekitar 6,000 meter persegi tertelak di lokasi strategik di Bandar Newpark, pusat pentadbiran dan komersial baharu Kluang.

“Sebagai pusat beli-belah kejiranan sekitar yang berserta pasar raya sendiri, kami menghimpunkan pelbagai penyewa yang menawarkan makanan, hiburkan kanak-kanak, IT, kesihatan, fesyen serta produk jenama Lotus’ bersama jenama yang lain.

“Ini bermakna orang ramai tidak perlu berjalan jauh untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang menawarkan kemudahan, nilai dan kualiti,” katanya.

Pengguna mendapatkan pelbagai barangan segar di Lotus's Malaysia Kluang.

Pengguna mendapatkan pelbagai barangan segar di Lotus’s Malaysia Kluang.

Kenneth berkata, sempena pembukaan cawangan tersebut, terdapat pelbagai diskaun menarik yang ditawarkan, sampel percuma, baucar ganda-ganda untuk ahli kelab MyLotus’s dan beg goodies bernilai RM30 dengan pembelian minimum RM80.

“Pada hari pertama pembukaan cawangan ini, pelanggan mendapat pelbagai tawaran seperti seekor ayam pada harga RM1.00.

“Pelanggan juga boleh menikmati diskaun 10 peratus di medan selera untuk hidangan terpilih sehingga 5 November” ujarnya.

Tambah Kenneth, cawangan terbaharu Lotus’s Malaysia akan dibuka di Bakri Muar, dijangka selepas seminggu pembukaan Lotus’s Kluang.

“Lotus’s Muar merupakan cawangan ke-68 yang merupakan gabungan kedai dan pusat membeli belah seluas 4,000 meter persegi yang terletak di Pusat Komersial Gemilang Bakri.

“Lotus’s Kluang dan Muar akan menyertai cawangan yang lain dalam Program Derma Lebihan Makanan #KitakanJiran,” katanya.

Sumber