iQIYI Kembali Dengan Drama Bersiri Terbaharu, ‘MIHRAB CINTA ZULAIKHA’

MIHRAB CINTA ZULAIKHA’ buah tangan terbaharu iQIYI yang dibintangi oleh barisan pelakon handalan tanah air seperti Elisya Sandha, Azrel Ismail, Scha Elinnea, Johan As’ari, Arash Mohamad, Maria Farida dan adik Raf Iskandar akan disiarkan sebanyak 12 episod ini bakal menemui pelanggan iQIYI bermula 17 Mei 2024, jam 9:00 malam.

Drama ini direka khas untuk memenuhi permintaan penonton pada masa kini dan menyelaraskan dengan trend isu-isu semasa. Menurut En. Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura memberitahu bahawa iQIYI kini sedang mengiatkan kehadirannya di pasaran Malaysia dengan menawarkan drama-drama berkualiti seperti MIHRAB CINTA ZULAIKHA.

“Kejadian dan konflik sebenar dalam masyarakat kita yang ditonjolkan dalam kisah percintaan dan juga kekuatan dari segi moral merupakan inspirasi dalam penghasilan drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA.

“Selain itu, idea di sebalik penghasilan drama ini datangnya dari keinginan untuk meneroka tema-tema yang melibatkan keimanan, percintaan dan pengorbanan yang sering terjadi dalam masyarakat Malaysia,” katanya.

Zulaikha (Elisya Sandha) telah membawa watak sebagai seorang wanita yang memiliki kekuatan, berdikari, dan teguh pada nilai-nilai agama. Dia mampu menguruskan rumah anak yatim dengan penuh tanggungjawab, tetapi menghadapi cabaran kewangan yang besar. Ketika Yusof Hakimi (Azrel Ismail) muncul sebagai penyelamat yang membantu menyelesaikan masalah di rumah anak yatim, hubungan mereka berkembang sehingga Yusof akhirnya melamar Zulaikha.

“Setelah berkahwin, Zulaikha mendapat tahu kehidupan Yusof yang sebenar jauh daripada pegangan agama sepertimana yang disangkakannya. Mengeruhkan lagi situasi, Yusof sudah pun mempunyai kekasih. Pelbagai pergolakan yang berlaku ditambah ujian demi ujian menimpa diri Zulaikha, namun mampukah dia bertahan atau berserah pada takdir? Jangan lupa menontonnya di iQIYI,” tambah En. Jony.

“Kami memilih pelakon berdasarkan kesesuaian mereka dengan karakter dalam drama dan kemampuan mereka untuk menarik perhatian penonton. Selain bakat lakonan yang hebat, setiap pelakon memiliki daya tarik yang khas yang membuat mereka unik. Setiap drama Original yang dihasilkan oleh iQIYI menekankan pada kualiti produksi, plot yang menarik, dan pemilihan cast yang tepat untuk membawa watak-watak itu hidup,” kata En. Jony.

iQIYI memaklumkan bahawa drama ini disarankan untuk penonton berumur 18 tahun ke atas. Penonton di bawah umur 18 tahun tidak digalakkan menonton kerana drama ini mempunyai konsep yang mendalam dan jalan cerita yang matang. En. Jony menambah, “Kerana faktor umur yang disyorkan, iQIYI telah menempatkan drama ini dalam senarai drama langganan VIP.”

Sebagai pemain utama dalam platform penstriman, En. Jony menyatakan bahawa iQIYI bertekad untuk menjadi pelopor dalam bidang penyiaran atas talian. Dengan pengguna bulanan aktif mencapai 500 juta dan hampir 6 bilion jam hiburan dinikmati setiap bulan, iQIYI menonjol sebagai platform unggul dalam industri ini.

“Bayangkan dunia di mana penceritaan tidak mengenal batas, di mana setiap bingkai adalah jendela budaya yang meriah dengan kisah yang belum terungkap.” 

“Jadi, saya berharap drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA akan menarik perhatian dan memikat hati penonton melalui kisahnya yang mendalam dan menginspirasikan, dan semoga drama ini tidak hanya memperkayakan pengalaman penonton tetapi juga akan meneroka dan memperluaskan pemahaman mereka tentang kekayaan budaya dan nilai-nilai moral melalui karya asli ini,” tambahnya lagi.

Oleh itu, Jangan ketinggalan untuk menonton drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA mulai 17 Mei 2024, pada jam 9:00 malam. Segera muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, taipkan MIHRAB CINTA ZULAIKHA dan terus strim melalui telefon pintar, tablet dan televisyen.