Juri terpegun, penonton tidak dapat menahan diri! Standing ovation dan markah sempurna 10 dari kedua-dua juri! Mampukah duo sepupu, Tomok dan Sharul Kamal, menggoncang pentas FAMILI DUO 4 dengan persembahan berani mereka sekali lagi?
Tomok dan sepupunya, Sharul Kamal, mencetuskan sensasi apabila persembahan luar biasa mereka melalui lagu “Aku Penghiburmu” dan “Gerhana”, yang asalnya dinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan M. Nasir, berjaya memikat hati juri dan penonton, serta membawa pulang kemenangan dengan markah sempurna 10 dan hadiah mingguan bernilai RM10,000! Keduanya turut menerima standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. Namun, adakah mereka mampu mengulangi magis ini pada minggu seterusnya?
Minggu ini, Tomok dan Sharul muncul dengan semangat membara, memukau pentas dengan tema seram yang menggabungkan vokal menawan dan koreografi yang mengagumkan. Siapa sangka, tarian bertenaga ala rumah hantu mereka mendapat komen positif dari juri, yang menyatakan bahawa Tomok dan Sharul Kamal berjaya memberikan penghayatan lirik yang mendalam dan karakter yang sangat hidup. Menggabungkan vokal padu sambil menari dengan penuh keyakinan adalah satu cabaran besar, tetapi Tomok dan Sharul Kamal telah mengatasinya dengan cemerlang, meraih markah sempurna 10 dari kedua-dua juri dan undian tertinggi sebanyak 64.5%.
“Kami tidak menyangka dapat standing ovation! Memang tak jangka, tetapi kegembiraan ini datang dengan tanggungjawab besar. Tekanan semakin terasa kerana juri dan penonton pastinya ingin melihat sesuatu yang lebih gempak dan luar biasa dari kami setiap minggu,” ujar Tomok. “Kami perlu mencari idea baru dan tampil lebih hebat lagi!” tambah Sharul Kamal.
Namun, persaingan sengit datang dari Naqiu dan Joey! Pasangan sepupu ini juga telah menarik perhatian ramai dengan kemunculan Joey di pentas setelah hampir 25 tahun tidak menyanyi. Keserasian mereka di atas pentas, dipadankan dengan vokal bertenaga Joey dan karisma pentas Naqiu, telah memukau penonton dan juri.
Meskipun mereka hanya berada di tempat kedua dengan 59.0%, Naqiu mengakui, “Kami tidak meletakkan harapan besar pada minggu pertama. Dapat mengelirukan tentang pasangan yang akan berduo dengan saya pun sudah kira berjaya. Saya dan Tomok telah berjuang dari kecil bersama, jadi saya sangat gembira dengan setiap persembahan dan peluang untuk kami bersatu di pentas yang sama.”
Sementara itu, Joey, yang akhirnya dipujuk oleh Naqiu untuk berduo, melahirkan semangat tinggi, “Walaupun ada masalah tonsil, saya tetap sahut cabaran ini. Umur saya pun sudah seperti pokok, jadi tidak salah mencuba dan membuat come back lagi. Saya anggap pentas ini sebagai tempat untuk orang mengenali asal usul saya. Setiap orang perlu establishment!”
Tomok dan Sharul kini berdepan cabaran besar untuk mengulangi prestasi hebat mereka. Mereka tampil lebih berani dengan memilih tema Irama Malaysia dan Tradisional sebagai cabaran untuk minggu kedua. Adakah duo lain seperti Naqiu dan Joey mampu mengubah rentak dan mencuri kedudukan teratas? Atau adakah standing ovation sekali lagi akan menjadi milik Tomok dan Sharul?
Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu pertama #FamiliDuo2024:
1. Tomok & Sharul Kamal (sepupu) – 64.5%
2. Naqiu & Joey (sepupu) – 59.0%
3. Ayie Elham & Salma Asis (sepupu) – 48.3%
4. Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik) – 46.9%
5. Zahid & Anne (adik-beradik) – 35.8%
6. Didi Astillah & Thamiera (sepupu) – 31.5%
FAMILI DUO 4 musim ini dibawakan khas kepada anda oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama dan Marigold HL sebagai rakan penaja. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital.
Pastinya minggu hadapan akan lebih hangat dengan strategi undian dari penonton. Undi dan Menang! Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk mendapatkan undian tambahan dan beri sokongan kepada duo kegemaran anda! Hadiah mingguan berupa dua Samsung Smart TV 65′ menanti anda yang bertuah! Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama, sementara finalis di pentas akhir FAMILI DUO berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000!
Pemenang mingguan akan ditentukan berdasarkan penilaian juri yang mengambil kira 70%, dan penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan dengan undian atas talian melalui Tonton yang menyumbang sebanyak 30%. Pengguna Tonton yang berdaftar layak untuk mendapat peluang mengundi duo kegemaran mereka sebanyak 50 undi seminggu, dan semua pelanggan TontonUp tanpa mengira pelan 1 bulan, 3 bulan, atau 12 bulan, berpeluang untuk menerima 100 undian tambahan setiap minggu.
Penonton boleh mendapatkan 150 jumlah undian dalam seminggu. Semakin banyak anda undi, semakin besar peluang duo anda untuk menang! Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk menikmati potongan istimewa RM8 daripada harga asal RM28. Pelanggan hanya perlu membayar RM20 bagi langganan 3 bulan, sambil memberi sokongan padu kepada duo pilihan anda. Lebih menarik, dua pelanggan berbayar turut berpeluang memenangi dua Samsung Smart TV 65′ setiap minggu dengan hanya meneka Duo Terbaik Mingguan! Tawaran ini khas untuk pelanggan TontonUp pelan 3 bulan dan ke atas.
Kongsikan pengalaman anda, gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik untuk berkongsi tekaan dan menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti persaingan sengit ini serta sokong dan undi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan FAMILI DUO nanti!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa untuk mengikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.