Indeks harga pengeluar naik 0.2 peratus pada September

Indeks harga pengeluar naik 0.2 peratus pada September

INDEKS Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur harga barangan di pintu kilang, mencatat peningkatan 0.2 peratus pada September 2023 berbanding negatif 2.2 peratus pada Ogos 2023, kata Jabatan Perangkaan.

Ini merupakan kenaikan pertama selepas penurunan selama tujuh bulan berturut-turut sejak Februari 2023 berikutan kesan asas dan harga komoditi utama yang meningkat, katanya dalam kenyataan IHPR Pengeluaran Tempatan bagi September 2023 yang dikeluarkan pada Khamis.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, dari segi prestasi, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 3.2 peratus daripada susut satu peratus pada Ogos 2023 manakala perlombongan menokok 6.9 peratus daripada -3.8 peratus pada bulan sebelumnya.

“Kedua-dua sektor utiliti mencatatkan peningkatan, dengan sektor bekalan elektrik dan gas meningkat 0.5 peratus pada September 2023 daripada -0.1 peratus dalam bulan sebelumnya manakala bekalan air meningkat sebanyak 0.9 peratus daripada 2.5 peratus pada Ogos 2023,” katanya.

Sumber