Haier perkukuh jenama di Malaysia

Haier perkukuh jenama di Malaysia

Fan Jing (dua dari kanan) ketika pelancaran ‘Smart Living New Products’ anjuran Haier Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM WAHID

Fan Jing (dua dari kanan) ketika pelancaran ‘Smart Living New Products’ anjuran Haier Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM WAHID

KUALA LUMPUR – Haier mengukuhkan komitmennya terhadap Malaysia dengan menyasarkan pertumbuhan jualan 30 peratus menjelang Disember 2023.

Penolong Pengarah Pemasaran jenamanya, Julian Thean Chaw Choong berkata, pada 2022, Haier mencatatkan 25 peratus pertumbuhan jualan tahun ke tahun, susulan penerimaan pasaran tinggi melibatkan produk baharu keluarannya.

Menurutnya, Haier telah melancarkan sembilan produk terbaharu antaranya peti sejuk, mesin basuh, mesin pengering, hud pengudaraan dan dapur memasak, televisyen dan satu pemanas air.

“Haier sedang mengembangkan rangkaian peruncitannya di Malaysia dengan menambah lebih banyak Haier Brand Shops bagi memperluaskan capaian dan mendekatkan jenama itu kepada pelanggan.

Sumber