FMBA MENYERU KERAJAAN UNTUK MEMBANTU PENIAGA YANG SEDANG BERGELUT MENGHADAPI FASA PEMULIHAN

FMBA MENYERU KERAJAAN UNTUK MEMBANTU PENIAGA YANG SEDANG BERGELUT MENGHADAPI FASA PEMULIHAN

Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan kepada peniaga-peniaga semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan sejak awal tahun 2020 sehingga kini. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob mengumumkan bahawa pada 1 April 2022 akan berkuatkuasa dengan pembukaan sempadan negara dan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ke atas sektor ekonomi dan sosial. Kerajaan diminta untuk mengambil inisiatif untuk membantu perniagaan yang terjejas semenjak Covid-19.

Kerajaan telah didapati oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia telah mengabaikan peniaga-peniaga di Malaysia berikutan krisis dan masalah yang para peniaga sedang alami akibat kesan daripada Covid-19. Perusaha-perusaha yang terjejas memerlukan bantuan kerajaan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

Kerjasama antara pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan semua Agensi Kerajaan dan Swasta perlulah dibentuk agar sedikit sebanyak dapat membantu semua Perusaha-Perusaha Perniagaan. Seterusnya memberi impak positif kepada perniagaan dan tanpa perlu mengurangkan jumlah pekerja dan menutup perniagaan.

Antara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan beban kepada Perusaha-Perusaha Perniagaan:-

  1. Memperkenalkan suatu Moratorium Khas yang dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan bagi membantu Pengusaha-Pengusaha Industri Perniagaan.
  2. Membekukan tindakan-tindakan oleh mana-mana Agensi Kerajaan dan memperkenalkan suatu sistem penyelesaian dalam usaha mengurangkan tekanan perniagaan terhadap Perusaha-Perusaha Industri Perniagaan.
  3. Memperkenalkan satu peraturan atau sistem khas bagi memastikan para pekerja dapat dikekalkan bagi suatu tempoh yang lama dalam usaha memastikan setiap perniagaan kekal mempunyai pekerja yang mencukupi.
  4. Memastikan tiada apa-apa isu seperti kenaikan harga utiliti termasuk apa-apa terma yang menyumbang kepada kenaikan kos operasi perniagaan.
  5. Menggantung sementara apa-apa inisiatif untuk mengkaji semula dan/atau menaikkan gaji minimum pekerja sehingga perniagaan pulih sepenuhnya dan mempunyai pendapatan yang mencukupi. Kegagalan perkara ini akan menyebabkan berlakunya kenaikkan apa-apa produk atau perkhidmatan yang secara langsung bakal membebankan semua pihak.

Diharapkan agar pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan dan Swasta dapat mendengar rintihan dan keluhan Perusaha-Perusaha Perniagaan dan segera mengambil tindakan dalam membantu Perusaha-Perusaha Perniagaan agar perniagaan mereka pulih seperti sediakala.