Media Prima Berhad Terima Anugerah Media Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Media Prima Berhad Terima Anugerah Media Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Baru-baru ini lima anugerah telah diterima Media Prima Berhad di malam apresiasi Kementerian Pelancongan, seni dan budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN). Anugerah ini adalah sebagai penghargaan Kementerian tersebut yang sentiasa menyokong mereka.

Media Prima Berhad telah menerima kategori anugerah iaitu Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Kategori Media Cetak Terbaik 2021. Anugerah JKKN 2021 ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Mohd Rose Abdullah telah diwakili oleh program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam (BK) dan program hiburan sensasi Melodi untuk menerima Anugerah dalam Kategori Media Elektronik Terbaik 2021. Manakalah Pengarang Rencana Harian Metro iaitu Hartini Mat Nawi dan wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus dan menerima anugerah dalam Kategori Media Cetak Terbaik 2021.