Ferrous 2 dapat sambutan positif

Ferrous 2 mempunyai siling tinggi dan bukaan tingkap besar.

Ferrous 2 mempunyai siling tinggi dan bukaan tingkap besar.

PEMAJU perumahan, SP Setia akan melancarkan projek pembangunan fasa kedua rumah dua tingkat, Ferrous 2 di Setia Alam Impian di sini pada 26 November nanti.

Ketua Operasinya, Datuk Zaini Yusoff berkata, setakat ini, SP setia telah mendapat sambutan yang positif apabila menerima banyak pertanyaan dan menjangkakan sebanyak 700 pendaftaran dalam pelancaran akan datang.

Beliau berkata, trend tersebut menunjukkan orang ramai berminat untuk memiliki rumah mampu milik, pembeli rumah pertama atau keluarga muda yang mahu menarik taraf rumah mereka dalam kawasan bandar yang dirancang.

“Ferrous 2 mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah 110.07 juta, Ferrous 2 yang berkeluasan 7.84 ekar terdiri daripada 116 unit rumah dua tingkat.

Sumber