
Gambar hiasan – Foto 123RF
RINGGIT meneruskan kenaikan berbanding dolar AS pada penutupan hari ini berikutan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak menaikkan kadar faedah.
Ia berlaku apabila Indeks Dolar US (DXY) jatuh 0.18 peratus kepada 103.526 mata, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.6505/6560 berbanding dolar AS daripada 4.6655/6705 sewaktu ditutup pada Isnin.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan telah menembusi paras rintangan sebelumnya pada RM4.6611 dengan paras rintangan seterusnya kini dilihat pada RM4.5578 berbanding dolar AS.